Sabtu, 18 Februari 2012

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK

Pelbagai teknik dan macam-macam petua yang digunakan untuk seseorang itu untuk pandai matematik.

Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.

Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksudnya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Semakin banyak latihan yang dibuat, maka kita akan menjadi semakin cekap.

Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksudnya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin tapi haruslah tepat.aperpun, berhati-hati semasa menjawab soalan matematik itu amat penting. Tak guna jawab cepat, sekiranya banyak yang salah.

Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Boleh dikatakan ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Malah, bila dah jadi pelajar mereka lebih malas untuk menghafal sifir. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?
Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda ambil kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Fikir-fikirkan lah.......